Tips Kurangkan Kedut dan Bentukkan Wajah

Bila umur makin meningkat ni, perasaan takut tu memang mula ada.

Tapi kalau fikir balik, mungkin tu sebenarnya satu perkara yang baik. Bukan takut sampai terlalu risau, tapi takut yang buat aku mula ada kesedaran untuk menjaga diri dan kesihatan sendiri.

To be honest, bila buat medical check up, keputusan yang keluar bukanlah semuanya bagus sangat untuk umur aku sekarang. Ada beberapa perkara yang buat aku tersedar yang aku kena mula ambil serius tentang kesihatan.

Aku tak nak tunggu sampai umur 30-an atau 40-an nanti baru mula nak berubah, masa tu badan dah mula bagi signal yang kita tak boleh abaikan. Dengan izin Tuhan, kita kena usaha jaga apa yang telah diberikan kepada kita.

Sebab tu sekarang aku mula cuba cari rutin-rutin kecil yang boleh membantu aku jaga diri. Bukanlah nak jadi muda semula, sebab umur tetap akan berjalan, tapi sekurang-kurangnya aku nak nampak lebih segar dan rasa lebih baik dengan diri sendiri.

Salah satu benda yang aku baru cuba adalah gua sha.


Ramai yang berkongsi pengalaman menggunakan gua sha sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan wajah. Ada yang kata dapat membantu wajah nampak lebih segar, mengurangkan rasa tegang.

Tapi sebenarnya, apa yang buat aku lebih tertarik bukanlah sebab nak dapatkan muka lebih V-shape.

Aku lebih tertarik bila ada yang berkongsi pengalaman menggunakan gua sha untuk membantu rasa kepala lebih ringan, mengurangkan rasa tegang pada bahagian muka dan kepala, terutama selepas seharian bekerja. Ada juga yang kata dapat membantu melegakan rasa tidak selesa seperti sakit kepala atau migrain.

Manfaat Gua Sha

  • Membantu wajah nampak lebih segar
  • Mengurangkan rasa tegang pada muka
  • Membantu urutan dan relaks kan wajah
  • Memberi rasa kepala lebih ringan
  • Membantu mengurangkan rasa lenguh pada muka dan rahang
  • Menjadi rutin self-care sebelum tidur
  • Membantu skincare lebih mudah disapu pada wajah
  • Memberi kesan menenangkan selepas seharian bekerja

Aku pun tak tahu sejauh mana kesannya untuk diri aku sendiri, sebab setiap orang mungkin berbeza. Tapi aku fikir, apa salahnya cuba sesuatu yang boleh menjadi satu rutin untuk relax, lebih-lebih lagi bila badan dan fikiran dah penat dengan rutin harian.

Jadi setiap malam sebelum tidur, aku akan luangkan beberapa minit untuk buat urutan menggunakan gua sha.

Sebelum guna gua sha, pastikan korang pakai moisturiser atau face oil terlebih dahulu.

Ini sebab kita nak pastikan gua sha tu boleh bergerak dengan lancar atas kulit. Jangan guna atas kulit yang kering sebab nanti gua sha akan jadi seret dan boleh menyebabkan kulit rasa tak selesa atau iritasi.



Kalau korang jenis yang suka guna face oil, aku cadangkan cari yang ada kandungan jojoba oil.

Jojoba oil ni antara minyak yang ramai guna dalam skincare sebab teksturnya ringan dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit, termasuk kulit yang jenis oily.

Yang penting, jangan tekan gua sha terlalu kuat. Buat perlahan-lahan je. Gua sha ni bukan pertandingan siapa tekan paling kuat, tapi lebih kepada urutan yang buat kita rasa relaks.



Surprisingly, memang best wey pakai gua sha ni. Lepas buat urutan tu rasa macam lebih lega. Kepala pun rasa lebih ringan dan badan rasa lebih relaks.

Kalau korang nak cuba juga, boleh la cari gua sha yang sesuai. Aku beli dekat Shopee. Beli Gua Sha Di Sini!

Tapi, tak semua sesuai orang sesuai guna Gua Sha. Gua Sha ni korang jangan guna kalau

  • Ada masalah pembekuan darah (contoh: haemophilia atau platelet rendah)
  • Ada luka terbuka, jangkitan kulit atau jerawat teruk yang meradang
  • Ada masalah jantung serius atau baru mengalami strok
  • Ada kanser aktif di kawasan yang ingin dirawat
  • Kulit sangat nipis atau mudah lebam (terutama warga emas)
  • Ada urat timbul/varicose veins. Elakkan urut terus pada kawasan tersebut
  • Baru menjalani pembedahan. Tunggu sehingga luka pulih sepenuhnya sebelum guna

Mina

Hey there, I'm Mina – a '99 baby raised in the scenic vibes of Pahang, now rocking the hustle in Shah Alam, Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post