Upah Buat Website RM300

Kalau korang tengah cari website yang ringkas dan bajet mesra, sekarang ni aku ada menawarkan servis membina 1 Static Page Website dengan harga RM300.

Apa Itu Static Page Website?

Static page website ialah website yang kandungannya tetap (static) dan tidak berubah secara automatik. Page dibina bersesuaian untuk memaparkan maklumat asas tentang perniagaan atau diri anda. Akan ada beberapa section pada page tersebut.

Contohnya:

  • Tentang Kami (About)
  • Perkhidmatan (Services)
  • Hubungi Kami (Contact)

Website jenis ini tidak mempunyai sistem login, dashboard, atau database.

Siapa Yang Sesuai Menggunakan Website Ini?

Static page website sangat sesuai untuk:

  • Perniagaan kecil
  • Freelancer
  • Agen insurans atau takaful
  • Kontraktor
  • Jurugambar
  • Portfolio peribadi
  • Landing page untuk promosi produk atau servis

Kalau tujuan korang hanya nak orang kenal perniagaan, lihat servis yang ditawarkan dan hubungi anda, website jenis ini sudah lebih daripada mencukupi.

Kelebihan Static Page Website

✅ Harga lebih murah berbanding website yang mempunyai sistem.

✅ Loading lebih pantas kerana tiada database yang perlu diproses.

✅ Lebih selamat kerana kurang risiko serangan terhadap sistem.

Apa Yang Anda Akan Dapat?

Dengan harga RM300, korang akan dapat:

  • Website yang kemas dan responsif (mesra telefon & komputer).
  • Rekaan yang moden dan minimalis.
  • Butang WhatsApp.
  • Bantuan untuk proses naikkan website ke hosting (jika diperlukan).

Sesuai Untuk Yang Baru Nak Bermula

Tak semua perniagaan perlukan website yang mahal. Kadang-kadang, apa yang penting ialah mempunyai kehadiran di internet supaya pelanggan lebih yakin dengan perniagaan korang.

Kalau suatu hari nanti korang perlukan fungsi yang lebih kompleks seperti tempahan, pembayaran online atau dashboard pelanggan, boleh consult dengan aku untuk pakej yang lain 💌




Mina

Hey there, I'm Mina – a '99 baby raised in the scenic vibes of Pahang, now rocking the hustle in Shah Alam, Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post