Kalau korang tengah cari website yang ringkas dan bajet mesra, sekarang ni aku ada menawarkan servis membina 1 Static Page Website dengan harga RM300.
Apa Itu Static Page Website?
Static page website ialah website yang kandungannya tetap (static) dan tidak berubah secara automatik. Page dibina bersesuaian untuk memaparkan maklumat asas tentang perniagaan atau diri anda. Akan ada beberapa section pada page tersebut.
Contohnya:
- Tentang Kami (About)
- Perkhidmatan (Services)
- Hubungi Kami (Contact)
Website jenis ini tidak mempunyai sistem login, dashboard, atau database.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Website Ini?
Static page website sangat sesuai untuk:
- Perniagaan kecil
- Freelancer
- Agen insurans atau takaful
- Kontraktor
- Jurugambar
- Portfolio peribadi
- Landing page untuk promosi produk atau servis
Kalau tujuan korang hanya nak orang kenal perniagaan, lihat servis yang ditawarkan dan hubungi anda, website jenis ini sudah lebih daripada mencukupi.
Kelebihan Static Page Website
✅ Harga lebih murah berbanding website yang mempunyai sistem.
✅ Loading lebih pantas kerana tiada database yang perlu diproses.
✅ Lebih selamat kerana kurang risiko serangan terhadap sistem.
Apa Yang Anda Akan Dapat?
Dengan harga RM300, korang akan dapat:
- Website yang kemas dan responsif (mesra telefon & komputer).
- Rekaan yang moden dan minimalis.
- Butang WhatsApp.
- Bantuan untuk proses naikkan website ke hosting (jika diperlukan).
Sesuai Untuk Yang Baru Nak Bermula
Tak semua perniagaan perlukan website yang mahal. Kadang-kadang, apa yang penting ialah mempunyai kehadiran di internet supaya pelanggan lebih yakin dengan perniagaan korang.
Kalau suatu hari nanti korang perlukan fungsi yang lebih kompleks seperti tempahan, pembayaran online atau dashboard pelanggan, boleh consult dengan aku untuk pakej yang lain 💌

6 Comments
Harga pun mesra poket, sesuai untuk yang baru nak mula bina kehadiran online. Memang berbaloi untuk dapatkan website yang ringkas, kemas dan profesional
ReplyDeleteYa betul ❤️❤️❤️
DeleteBetul tu, kalau ada website orang lebih yakin. Harga pun berpatutan dah tu setara dengan apa yang diberikan.
ReplyDeleteRupanya Mina ini pembangun laman sesawang rupanya.
ReplyDeleteHarap ada yang guna khidmat Mina.
ok sgt rate tu!
ReplyDeleteMurahnyaa servis. Semoga maju jayaaa. 🔥
ReplyDelete