Chaotic Week!

 Assalamualaikum dan hi!

Minggu ni dan minggu lepas memang tersangat la penat sebab busy betul dengan kerja. Nak tahu betapa penatnya aku, pukul 10 malam macam tu aku dah tumbang dan tidur. Jarang-jarang berlaku, tapi badan memang dah minta hak dia.

Tapi nak dijadikan cerita, dalam kepenatan yang amat sangat tu, ada pulak kesilapan yang aku terbuat.

Pinterest

Bagi aku, ni kesilapan yang agak 'nokharom' jugak lah:

1. Rekod Baru: Buat Server Reboot Yang paling aku tak boleh blah, ini memang very stupid mistake. Benda jadi terpantas dalam sejarah bila aku ter-paste command reboot kat terminal. Tapi benda dah berlaku, move on je la. Nasib baik sangat waktu server reboot tu tiada client yang kacau atau perasan. Fuhhh... kalau tak, lagi la rasa serba salah sebab menyusahkan dan tambahkan kerja colleagues lain.

Daripada isu ni, aku pun konpius nak ambil pengajaran dari sudut mana sebab tak perasan dan rasa macam tak logik langsung benda ni boleh berlaku. End up, aku decide untuk tukar mouse terus! Boleh jadi mouse aku yang dah problematic, maklum la dah guna 2 tahun, maybe dah sampai jangka hayat dia untuk bersara.

2. Kes Permission / Berubah (Misteri 1 Tahun Lepas) Tiba-tiba ada isu pasal permission dekat / berubah. Bila aku check log, macam aku yang pernah assist client tu... tapi itu kes tahun lepas! Which is selama ni, tak pernah ada sesiapa pun monitor atau perasan. Surprisingly, baru Jumaat lepas ada orang report issue ni. Dah lebih setahun siot!

Even though aku tak 100% pasti itu memang salah aku atau tak, aku ambil keputusan untuk jujur je dengan leader. Aku inform yang maybe itu silap aku time assist dulu dan aku minta maaf. Respon leader pun tenang je.

AI Semakin Canggih, Kerja Semakin Banyak? Besok pulak aku dah boleh rasa it's gonna be another busy week sebab ada colleague yang cuti. Automatik kerja bertambah. Sigh... Aku rasa kan, sejak AI berleluasa ni, bukannya kerja makin berkurang, tapi makin banyak pulak yang kena handle! Tapi takpe lah, still tanggungjawab yang kena diselesaikan.

Pinterest

Nota Untuk Diri Sendiri Apa yang aku belajar berdasarkan semua dugaan minggu ni:

  • Move on dan jangan punish diri sendiri secara berlebihan.
  • Biar leader yang menentukan, tak perlu kita memandai hukum diri sendiri rasa macam loser.
  • Making mistakes doesn't define who you are. Kalau kita asyik overthinking dan berkurung dalam rasa bersalah, sampai bila-bila pun kita takkan grow.

Untuk minggu ni, strategy aku simple: elakkan buat kerja-kerja yang susah atau guna command yang kompleks, dan just take it easy. Slow and steady!

Post a Comment

0 Comments