Assalamualaikum,
Kalau korang tengah cari tempat menarik di Negeri Sembilan untuk pergi dengan keluarga, bolehlah cuba naik kuda dekat Ladang Alam Warisan.
Hari tu aku pergi main kuda dekat Ladang Alam Warisan dengan keluarga suami. Sebenarnya tak plan pun nak pergi. Aku randomly ajak, “Jom main kuda.” Sekali semua onz je. Senang bila diorang jenis macam ni. Tak perlu bincang panjang, terus jadi aktiviti hari tu. Aku yang ajak pun macam, eh, betul nak pergi ni? Ingatkan kena pujuk dulu.
Sebenarnya naik kuda ni memang salah satu wishlist aku. Wishlist aku pelik pelik sikit. Ada benda yang orang mungkin tak terfikir nak buat, tapi aku teringin nak cuba. Bukan sebab nak pandai sangat pun. Aku cuma nak tahu macam mana rasanya. Kalau asyik tengok orang lain buat, nanti aku juga yang tertanya sendiri sampai bila bila.
Aku pun ada cakap dekat suami, hidup terlalu singkat kalau kita tak nak try banyak benda. Rugi. Selagi ada peluang dan mampu, aku nak cubalah benda yang aku teringin. Tak semestinya kena jadi hobi atau terus serius. Kadang cukup dapat buat sekali, lepas tu boleh cakap, okay, aku dah pernah cuba. Kalau suka, boleh buat lagi. Kalau tak, kita cari benda lain pula.
Harga Ladang Alam Warisan
Untuk yang nak tahu harga, fee masuk Ladang Alam Warisan ialah RM5. Kalau nak naik kuda pula, RM15 untuk dua round. Jadi jumlah untuk masuk dan ambil joyride ialah RM20. Aku letak harga sebab aku sendiri kalau baca blog orang, benda ni juga yang aku cari dulu. Senang nak agak bajet sebelum pergi, lagi kalau bawa keluarga sekali.
Kami ambil joyride je untuk rasa pengalaman naik kuda. Bukan terus datang nak belajar sampai masuk pertandingan. Bagi aku, dapat cuba macam ni pun dah seronok. Selama ni masuk dalam wishlist je, kali ni dapat buat betul betul. Ada beza tengok gambar orang naik kuda dengan diri sendiri yang duduk dekat atas tu. Barulah wishlist tu rasa macam bergerak sikit.
Suasana dekat sini pun banyak kawasan hijau. Dalam gambar nampak rumput dengan pokok besar dekat belakang, cantik juga kalau nak OOTD. Bila tengok balik, bolehlah ingat yang aku pernah ajak semua orang main kuda. Nasib diorang sporting. Kalau semua jawab tak nak, mungkin aku sambung simpan wishlist tu sambil tunggu peluang lain pula.
Lepas selesai dekat ladang, kami sambung lepak makan cendol dekat Cendol Retro. Dah keluar ramai, kita singgah makan sekali sebelum balik. Dapat duduk makan cendol sambil borak pun dah cukup.
Balik tu puas hati sebab dapat buat sesuatu yang aku memang teringin. Daripada ajakan random, terus jadi kenangan dengan family. Satu wishlist dah selesai, tapi jangan risau, banyak lagi dalam kepala aku. Suami kenalah bersedia dengar idea seterusnya 👀😂




0 Comments