Nasi Ayam Mafia

Malam semalam, aku, Azim dengan geng-geng lain saja nak try Nasi Ayam Mafia.

Sebenarnya minggu lepas lagi aku dah tengok review dia dekat Google. 12K review dengan rating 4.9. Kakak ipar Azim la yang inform pasal kewujudan kedai ni. Terus masuk dalam list tempat yang aku nak cuba. Aku pun tertanya-tanya, betul ke sedap gila sampai boleh dapat rating setinggi tu dengan lebih 12,000 review? Sebab kalau 4.9 tu daripada 10 atau 20 review, aku masih boleh hadam lagi. Tapi ni... 12 ribu review kot. Memang rare.

Jadi semalam, kami pun gerak ke Nasi Ayam Mafia dekat Salak Tinggi. Perjalanan lebih kurang 30 minit je. Aku dengan husband memang jenis tak kisah nak drive jauh sikit semata-mata nak try makanan baru. Time masih berdua ni, bolehlah buat aktiviti macam ni selalu. 😂

Nak dijadikan cerita, bila dah nak sampai tu boleh pula terlajak simpang. Gelap bebenor kawasan situ, lampu jalan pun tak ada. Kedai dia pula macam tersorok sikit bawah bukit, signboard pun tak perasan. Sudahnya terpaksalah buat U-turn.

Sampai dekat kedai memang tak ada pelanggan yang makan di situ. Tapi aku yakin kalau waktu siang mesti penuh. Sebab masa kami sampai pun, staf tengah sibuk prepare order yang tak putus-putus. Memang nampak banyak order GrabFood, Foodpanda dan platform delivery lain.



Masa nak order tu, aku sempat tanya, "Menu apa yang paling popular?"

Staff terus jawab, Nasi Ayam Crispy.

Haa... kalau dah orang recommend, kita ikut je lah. Aku pun order Nasi Ayam Crispy. Dan mestilah pilih bahagian peha atau thigh. Team peha atau thigh sampai bila-bila. 🤣

Tunggu makanan pun tak lama. Lebih kurang 10 minit je nombor dah dipanggil. Cuma kena ambil sendiri dekat kaunter.

Tadaaa... inilah dia Nasi Ayam Mafia Crispy.


First impression aku? 🤨

"Eh... mana sambal? Mana kicap? Yang paling penting... mana sup?" 😂

Aku pun terus bangun pergi dekat kaunter. Rupa-rupanya ada satu sudut khas yang sediakan macam-macam jenis sambal, kicap dan sup. Semua free flow, ambil je ikut suka.

Aku suka juga konsep macam ni. Nak sambal lebih? Ambil. Nak sup tambah dua tiga kali? Silakan. Tak payah segan-segan. 🤣 Aku pula memang jenis suka kuah banjir bila makan nasi ayam. Jadi memang melimpah-limpah la pinggan aku dengan sup. Lagi banyak kuah, lagi puas makan. 🤤

sup ditambah lagi

Bila aku mula makan je...

Hmm... okay.

Nasi dia okay. Lembut. Ayam dia memang crispy. Tepung ayam dia sedap, ada rasa berempah sikit. Sambal merah pun okay. Kicap pun okay.

Tapi...

Entah kenapa, rasa dia tak capai expectation aku. Mungkin sebab aku dah letak expectation tinggi sangat lepas tengok rating 4.9 dengan 12K review tu.

Aku pun mula tertanya-tanya, taste bud aku ni tak sama ke dengan orang yang bagi review tu ke? 😂

Sebab bagi aku, nasi ayam crispy dia... biasa je. Bukan tak sedap. Sedap, boleh makan. Tapi tahap "wow" tu aku tak rasa.

Kalau nak dibandingkan, aku rasa aku pernah makan nasi ayam yang lagi sedap daripada ni. Jadi mungkin sebab tu aku rasa macam, "Oh... ni je ke?"

Lepas tu aku cuba tengok sekeliling. Kebanyakan pelanggan yang datang masa tu nampak macam student. Dari situ aku boleh agak kenapa kedai ni boleh dapat rating tinggi.

Sebab kalau aku masih student, kemungkinan besar aku pun akan suka kedai ni.

Portion dia memang besar. Serious, nasi banyak. Ayam dia pun quite besar. Aku dapat bahagian peha, jadi memang itu je la besar peha. Geng aku yang lain memang dapat ayam besar. Kalau nak share pun boleh.

Dan sebenarnya, tak ada apa yang aku boleh complain sangat. Dari segi rasa, semua okay. Ayam crispy, nasi lembut, sambal ada, kicap ada, sup pun free flow.

Cuma untuk aku, dia tak sampai tahap yang buat aku sanggup drive 30 minit semata-mata nak makan nasi ayam ni lagi.

Sedap? Ya.

Tapi akan repeat? Hmm... mungkin tidak.

Lepas aku sedikit kecewa dengan Nasi Ayam Mafia, aku dengan rakan-rakan pun cari la kafe berdekatan untuk sambung melepak.

Dan ya... aku perlukan matcha untuk balance balik malam tu. Nak rasa pahit-pahit sikit lepas makan nasi ayam tadi. 😂

Kami pun singgah dekat satu kafe berdekatan dan lepak sampai lewat malam. Borak-borak, main board game dan kad terup. Sekali tengok jam, dah pukul 2 pagi.

power kad menang tanpa try-hard

Kadang-kadang benda simple macam ni la yang best. Bukan sebab tempat yang fancy pun, tapi sebab dapat luangkan masa dengan kawan, hilangkan stress sambil buat benda random tengah malam. 🤣










Mina

Hey there, I'm Mina – a '99 baby raised in the scenic vibes of Pahang, now rocking the hustle in Shah Alam, Malaysia.

2 Comments

  1. Salam perkenalan. Hadir Blog Walking. Buat kunjungan balas.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post