Jimat Masa Buat Prep Meal

Hi,

Aku nak kongsi tips untuk jimat masa memasak. Aku dan husband come out dengan idea ni disebabkan berlaku pembaziran makanan seperti sayur.

Kadang-kadang kita beli bahan masakan dengan niat nak masak setiap hari, tapi disebabkan sibuk kerja dan rutin harian, akhirnya ada bahan yang tak sempat digunakan. Sayur layu, bahan masakan rosak, dan duit pun terbuang begitu je.

Daripada benda ni berlaku, kami cuba ubah cara memasak dengan konsep meal prep atau masak dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Konsepnya mudah je. Aku luangkan sikit masa untuk sediakan makanan dalam satu hari, kemudian simpan dalam freezer supaya mudah dimakan sepanjang minggu.

Contohnya, hari Sabtu aku akan masak beberapa jenis lauk seperti tempe kentang berlada, daging masak lemak, daging paprik dan sayur goreng. Lepas siap, makanan akan dibahagikan mengikut portion dan disimpan dalam bekas kecil.

Aku masak ni 15 Jun 2026 dan hari ini 12 Julai tapi makanan ni masih belum habis dalam freezer. Bayangkan, dah dekat sebulan aku tak memasak 😜 Banyak oiii aku masak dalam sehari tu.



Bila time bekerja, aku tak perlu pening fikir nak masak apa. Yang paling penting, tak payah bangun awal pagi atau tidur lewat untuk siapkan bekalan makanan. Cukup keluarkan lauk dari freezer, panaskan, dan sediakan carbo seperti nasi.

Dua-dua perut happy 😜

Mina

Hey there, I'm Mina – a '99 baby raised in the scenic vibes of Pahang, now rocking the hustle in Shah Alam, Malaysia.

6 Comments

  1. Replies
    1. Boleh cuba prep meal macamni. Jimat masa dan tenaga

      Delete
  2. Inilah pentingnya meal prep. Penat sekali, tapi nikmatnya boleh rasa berhari-hari. Pagi-pagi tak perlu kelam-kabut, hanya panaskan lauk dan masak nasi. Mudah, cepat dan tetap puas makan di rumah. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dah sebulan praktikkan prep meal ni. Banyak masa boleh guna untuk buat kerja lain

      Delete
Previous Post Next Post