Hi,
Aku nak kongsi tips untuk jimat masa memasak. Aku dan husband come out dengan idea ni disebabkan berlaku pembaziran makanan seperti sayur.
Kadang-kadang kita beli bahan masakan dengan niat nak masak setiap hari, tapi disebabkan sibuk kerja dan rutin harian, akhirnya ada bahan yang tak sempat digunakan. Sayur layu, bahan masakan rosak, dan duit pun terbuang begitu je.
Daripada benda ni berlaku, kami cuba ubah cara memasak dengan konsep meal prep atau masak dalam kuantiti yang banyak sekaligus.
Konsepnya mudah je. Aku luangkan sikit masa untuk sediakan makanan dalam satu hari, kemudian simpan dalam freezer supaya mudah dimakan sepanjang minggu.
Contohnya, hari Sabtu aku akan masak beberapa jenis lauk seperti tempe kentang berlada, daging masak lemak, daging paprik dan sayur goreng. Lepas siap, makanan akan dibahagikan mengikut portion dan disimpan dalam bekas kecil.
Aku masak ni 15 Jun 2026 dan hari ini 12 Julai tapi makanan ni masih belum habis dalam freezer. Bayangkan, dah dekat sebulan aku tak memasak 😜 Banyak oiii aku masak dalam sehari tu.


Idea yang menarik juga ni.
ReplyDeleteBoleh cuba prep meal macamni. Jimat masa dan tenaga
DeleteMenarik
ReplyDeletekannn boleh cuba prep meal ni nanti
DeleteInilah pentingnya meal prep. Penat sekali, tapi nikmatnya boleh rasa berhari-hari. Pagi-pagi tak perlu kelam-kabut, hanya panaskan lauk dan masak nasi. Mudah, cepat dan tetap puas makan di rumah. 🥰
ReplyDeleteBetul. Dah sebulan praktikkan prep meal ni. Banyak masa boleh guna untuk buat kerja lain
Delete